Baitul Asnaf
Header

Objektif

Objektif utama Asnaf Murni adalah memberi pendidikan dan pembelaan kepada anak-anak yang memerlukan, serta memastikan mereka mendapat kehidupan yang terurus. Kami mahu melahirkan generasi yang berakhlak mulia, berkasih sayang dan berjiwa penyayang.

Selain itu, kami berhasrat membina masyarakat yang harmoni dengan menekankan nilai kebersamaan, tolong-menolong dan kasih sayang. Melalui pendidikan dan aktiviti kebajikan, kami yakin dapat membentuk insan yang memberi manfaat kepada orang lain.