Baitu Asnaf ialah sebuah pusat kebajikan yang berperanan melindungi, mendidik dan membimbing anak-anak yatim, fakir miskin serta golongan asnaf zakat. Kami percaya bahawa setiap insan berhak mendapat kasih sayang, pendidikan yang terurus, dan peluang untuk membina masa depan yang lebih baik.
Melalui sokongan masyarakat, kami berusaha melahirkan generasi yang berakhlak mulia, bertaqwa dan mampu memberi manfaat kepada orang lain. Asnaf Murni menjadi wadah untuk menyatukan golongan berada dan kurang bernasib baik agar bersama-sama membina masyarakat yang harmoni dan diberkati Allah.