Latar Belakang
Asnaf Murni ditubuhkan sebagai pusat perlindungan dan pendidikan untuk anak-anak yang memerlukan perhatian serta kasih sayang. Lebih 80 orang anak-anak dari pelbagai peringkat umur ditempatkan di asrama dan kawasan pertanian bagi memastikan mereka mendapat pendidikan agama, bimbingan rohani serta kemahiran hidup.
Kami menyediakan ruang yang selamat dan penuh kasih sayang, di mana anak-anak ini dibimbing melalui kelas fardhu ain, pengajian Al-Quran, serta aktiviti kebudayaan. Matlamat kami adalah membentuk insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani dan emosi.